Posts

AIDILFITRI 2013

Image
Saya dan suami bergilir tahun untuk berhari raya memandangkan jarak kampung kami yang agak jauh iaitu kampung suami di Bidor, Perak manakala kampung saya pula di Machang, Kelantan.

Ibu saya meminta kami bergilir tahun untuk mengelakkan kejadian buruk kerana pada tahun 2008, saya yang mengandungkan Irfan pada masa itu telah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan 6 buah kenderaan (kami kereta yang kedua dari hadapan) di PLUS, berdekatan dengan Taiping.

Giliran beraya mengikut tahun ini bermula pada tahun ;

2009 - belah suami di Penang (ibu & bapa mertua masih bekerja di sana)
2010 - belah saya 
2011 - belah suami (beraya di Cyberjaya kerana saya berpantang melahirkan Aufa)
2012 -belah saya
2013 -belah suami di Bidor
2014 - belah saya
2015 - belah suami juga di Bidor
2016 - belah saya
2017 - belah suami di Bidor

Alhamdulillah kedua-dua ibu bapa kami sangat memahami giliran ini. Jika tahun itu beraya di Kelantan, kami takkan balik langsung beraya di Perak dalam masa cuti seminggu itu. Jadi ku…

HARI GRADUASI TINGKATAN 5 DAN 6 ATAS 2015

Image
Jumaat, 31 Oktober 2015 yang lalu, majlis Hari Graduasi SMK Cyberjaya telah dijalankan di Dewan Kementerian Pelancongan Putrajaya.

Daku kali ini diberikan tugasan mengendalikan persembahan untuk majlis ini walaupun sudah bertahun-tahun kumengacarakan majlis sebegini.
Dalam kekalutan tugas sempat juga kumelatih murid untuk persembahan Silat dan Nyanyian Beramai-ramai semasa pengakhiran majlis.
Dan aku bangga dengan murid-murid tingkatan 5 yang terlibat dalam persembahan ini walaupun mereka sedang bersedia untuk peperiksaan SPM dalam masa 2 hari lagi.
Jomlah kita layan gambar-gambar sepanjang majlis ini berlangsung...






Mengabadikan kenangan bersama anak-anak didik kelas 5Kemanusiaan 1. 2 tahun kuajarkan mereka subjek Sains. Moga terus cemerlang sayang-sayangku. Afifah, Echah, Irrina, Wahyu, Bella dan Farahin, teacher rindukan korang...





Bersama guru yang sering mengendalikan sistem siar raya di sekolah. Seorang yang komited dengan kerjanya. Cikgu Yahya, kekalkan kecemerlanganmu.









Antara barisan i…